BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 30 October 2011

KURSUS YANG DITAWARKAN

Kursus Yang Ditawarkan


Kursus-kursus yang ditawarkan di ILP Bukit Katil Melaka bertujuan untuk melahirkan pakar-pakar dalam teknologi industri dan pekerja-pekerja yang berkemahiran.

Jangka masa yang diambil adalah antara 1 hingga 2 tahun. Ia ditawarkan kepada para lepasan sekolah dan juga kepada pekerja-pekerja sektor awam mahupun swasta.
Kursus Sepenuh Masa, 1 hingga 2 tahun bagi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil Juruteknik Jabatan Tenaga Manusia (JTM)
  • Teknologi Mekanik Industri (SKM & SJJTM)
  • Teknologi Pemesinan Am (SKM & SJJTM)
  • Teknologi Kimpalan Arka dan Gas (SKM & SJJTM)
  • Teknologi Elektrik (SKM & Sijil Pendawai Elektrik Fasa Tunggal - ST)
  • Teknologi Elektronik Industri (SKM & SJJTM).
  • Teknologi Instrumen Perindustrian (SKM & SJJTM)
  • Teknologi Telekomunikasi (SKM & SJJTM)
  • Teknologi Plastik (Plastic Injection Moulding) (SKM & SJJTM)
Mekatronik - Kursus ini berpandukan kepada "National Occupational Skills Standard (NOSS)" dan diperakui oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK). Skim perantisan (9 bulan latihan dalam institut, 9 bulan latihan dalam Industri).

Kursus Separuh Masa, Customised dan Kursus Modul Jangka Pendek.

Dengan kemajuan teknologi yang semakin pesat, adalah penting bagi pekerja mahir dan separuh mahir mengukuh dan meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran mereka.
Oleh yang demikian, ILP Bukit Katil Melaka juga ada menawarkan kursus separuh masa, Customised dan kursus modul jangka pendek untuk pekerja sektor awam mahupun swasta. ILP adalah sebuah institut yang diiktiraf oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dalam mengendalikan latihan di bawah skim PROLUS dan lain-lain program latihan PSMB.


Jangka masa kursus adalah di antara 16 jam hingga 2 tahun. Kursus yang ditawarkan adalah berpandukan kepada piawaian industri dan dirancang untuk meningkatkan keupayaan dan kemahiran setiap individu dalam mengendalikan peralatan dan mesin. Ianya amat sesuai bagi mewujudkan suasana industri semasa latihan dijalankan.



SEJARAH ILP BUKIT KATIL

Sejarah ILPBK




ILPBK telah memulakan operasinya pada awal tahun 1989 dimana pada peringkat awal tujuh bidang kemahiran telah dijalankan yang merangkumi kemahiran dalam bidang Mekanik Am, Pemesinan Am, Kimpalan, Juruelektrik, Radio dan Televisyen, Elektronik Perindustrian dan Pembuatan Perabot.

Apabila Institut ini beroperasi sepenuhnya, kursus-kursus seperti Instrumen Perindustrian, Telekomunikasi serta Pembina dan Pemasang Struktur Keluli telah diperkenalkan. Program-program latihan yang ditawarkan adalah seperti Skim Perantisan Negara, Kursus Persijilan Kemahiran Ketukangan dan Kursus Meningkatkan Kemahiran.

Di peringkat awal operasinya, Institut ini mempunyai 1 blok bangunan pentadbiran, 3 blok bengkel yang boleh menampung 300 orang pelajar, 4 blok kemudahan asrama, sebuah surau, 1 dewan makan, 1 bangunan stor dan dewan serbaguna disamping kemudahan-kemudahan sukan seperti padang bola sepak, hoki, tenis, sepaktakraw dan gelanggang badminton.

Institut Latihan Perindustrian Bukit Katil telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong IX, Sultan Azlan Shah pada tanggal 13 Julai 1990 bersamaan 20 Zulhijjah 1410 hijrah.

ILP BUKIT KATIL


Institut Latihan Perindustrian Bukit Katil Melaka (ILPBK) merupakan salah sebuah daripada 27 buah institut kemahiran kejuruteraan yang dikawal selia oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia. Institut ini telah diasaskan pada 13 Februari 1989 terletak sejauh 10 kilometer daripada pusat bandar Melaka dan 10 kilometer daripada Plaza Tol Lebuhraya Utara Selatan Ayer Keroh adalah yang tertua dan pertama di Negeri Melaka selain ILP Selandar dan Pusat Teknologi Tinggi Melaka.


Institut ini juga berada dalam kedudukan yang agak strategik kerana berhampiran dengan Zon Perdagangan Bebas Batu Berendam dan Kawasan Perindustrian Ayer Keroh serta berhampiran dengan kawasan pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka, Seri Negeri. Umumnya, Melaka merupakan sebuah negeri yang kaya dengan sejarah dan budayanya yang tersendiri. Bersempadankan Negeri Sembilan dan Johor, Melaka menawarkan pelbagai keistimewaan sama ada dari segi pelancongan, ekonomi, infrastruktur dan sebagainya yang memudahkan ILPBK untuk diakses oleh orang ramai dan pelajar khususnya.

Lokasi ILPBK


 Alamat
Institut Latihan Perindustrian,
Lot 1729, Mukim Bukit Katil,
Daerah Melaka Tengah,
75450 Melaka.
Telefon Pejabat : 06-2320600
Nombor Faks : 06-2329600

Peta Lokasi






Monday 17 October 2011